Pada 11 September 2009 telah diadakan Kursus Pengenalan ICT berkaitan penggunaan Microsoft Office seperti MS Word, Publisher dan Frontpage kepada pasukan Briged Bestari dan ahli-ahli Kelab Komputer SMK Megat Dewa.
Kursus ini telah mendapat kerjasama dengan para fasilitator yang juga pelajar dari Universiti Utara Malaysia.
Kursus ini diadakan pada 10 dan 11 Julai 2009 dan sememangnya telah dimanfaatkan oleh ahli-ahli Briged Bestari SMKMD. Mereka ternyata gembira kerana dapat mempelajari ilmu-ilmu baru mengenai pembinaan Web.
Saudari Farah dan Azira membantu ahli-ahli Briged Bestari
Ahli-ahli Briged Bestari tekun mencuba koding-koding HTML dan CSS
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Selamat datang diucapkan kepada semua pelayar web yang melawati blog Briged Bestari SMK Megat Dewa, Kodiang, Kedah Darul Aman.
Blog ini direka untuk memperkenalkan pasukan Briged Bestari sekolah ini kepada masyarakat dengan memaparkan aktiviti, informasi, tips dan lain-lain lagi.
Briged Bestari diwujudkan sejajar dengan perlantikan SMK Megat Dewa yang terpilih mewakili negeri Kedah dalam Projek Sekolah Bestari (
Blog ini akan sentiasa diperkemas dari masa ke masa. Semoga anda semua dapat memberi sokongan dan idea yang bermanfaat kepada pasukan Briged Bestari SMK MEGAT DEWA.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sekolah kami, sila lawati laman web berikut : www.smkmd.myportal.my