• BRIGED 2010

    Tiada Gunung Tak Boleh Didaki

Tukar icon USB Pendrive

Posted by Admin Briged On 12:39 PM 0 ulasan

Sedikit tip ringkas cara untuk tukar icon pemacu USB, setiap kali pemacu USB dihubungkan ke komputer akan keluar default icon (icon disk) di My Computer, default icon sememangnya kurang menarik.

icon usb

Untuk menukar icon pemacu USB, anda hanya perlu melakukan sedikit konfigurasi ringkas pada pemacu USB anda. Kaedah ini boleh juga digunakan untuk memory card, sila ikut setiap langkah di bawah ini :

1)- Sediakan imej yang telah di tukar kepada format icon (.ico). namakan imej kepada icon.ico

2)- Buka notepad dan taip semua kod seperti di bawah ini, kemudian save kan fail notepad ke = autorun.inf

icon usb

Label = tukarkan kepada nama yang anda gemari

3)- Copy kedua-dua dokumen (fail notepad autorun.inf dan icon.ico) ke dalam pemacu USB anda, jika anda mahu hilangkan kedua-dua icon dalam pemacu USB, klik properties dan tick kan hidden fail dan klik OK.

icon usb

Kemudian, remove pemacu USB dari komputer dan hubungkannya semula. kini icon pemacu USB telah bertukar kepada imej :

icon usb

Selamat Mencuba!…:)

Cara Untuk Membina Folder Yang Baru

Posted by Admin Briged On 11:21 AM 0 ulasan

1. Klik kanan pada tetikus dan pilih [New] > [Folder]
2. Jika anda berada di dalam mana-mana direktori contohnya My Documents dan
lain-lain, perhatikan kekotak menu yang berada di sebelah kiri.
Anda boleh membina folder baru dengan mengklik perkataan Make a new folder.
3. Cara lain ialah dengan mengklik menu File yang terdapat pada Toolbar. klik
[File] > [New] dan pilih [Folder]

Sekarang anda telah pun berjaya membina folder yang baru untuk menyimpan file ke dalam
folder berasingan.


Kursus Pemasangan PC

Posted by Admin Briged On 12:03 PM 0 ulasan

Tarikh: 3 September 2009

Kursus telah diadakan oleh Juruteknik Komputer Sekolah, En. Hussin Ahmad dan turut dibantu oleh Guru Penyelaras Bestari, En. Mohammad Ismail dan En. Daud Ismail selaku Fasilitator SchoolNet.

Diharap para ahli Briged Bestari SMK Megat Dewa dapat memanfaatkan kursus ini pada masa akan datang.

Kursus Pengenalan ICT

Posted by Admin Briged On 10:01 AM 0 ulasan

Pada 11 September 2009 telah diadakan Kursus Pengenalan ICT berkaitan penggunaan Microsoft Office seperti MS Word, Publisher dan Frontpage kepada pasukan Briged Bestari dan ahli-ahli Kelab Komputer SMK Megat Dewa.

Kursus ini telah mendapat kerjasama dengan para fasilitator yang juga pelajar dari Universiti Utara Malaysia.



Kursus Asas Membina Laman Web

Posted by Admin Briged On 9:12 AM 0 ulasan

Dalam usaha memantapkan pasukan Briged Bestari SMK Megat Dewa (SMKMD), pihak sekolah telah mempelawa 3 orang tutor dari Introweb untuk memperkenalkan dan mengajar asas-asas membina laman web. Introweb diwakili oleh saudari Halimatul Saadiah, Norazira dan Farah yang juga pelajar dari UiTM cawangan Kedah.

Kursus ini diadakan pada 10 dan 11 Julai 2009 dan sememangnya telah dimanfaatkan oleh ahli-ahli Briged Bestari SMKMD. Mereka ternyata gembira kerana dapat mempelajari ilmu-ilmu baru mengenai pembinaan Web.

Saudari Farah dan Azira membantu ahli-ahli Briged Bestari


Ahli-ahli Briged Bestari tekun mencuba koding-koding HTML dan CSS






Pertandingan Powerpoint: Latar Sekolah

Posted by Admin Briged On 8:52 AM 0 ulasan

Pada 24 Jun 2009, Briged Bestari telah mengadakan Pertandingan Powerpoint: Latar Sekolah yang memperlihatkan kebolehan mereka dalam mereka slaid Powerpoint mengenai Misi, Visi, Sejarah dan gambar persekitaran sekolah.

Setiap pasukan telah membentangkan slaid mereka pada 29 Jun 2009.

CARTA ORGANISASI BRIGED BESTARI SMKMD 2009

Posted by Admin Briged On 10:41 PM 0 ulasan

Klik imej untuk saiz imej yang lebih besar

:: Selamat Datang ::

Posted by Admin Briged On 9:23 PM 0 ulasan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Selamat datang diucapkan kepada semua pelayar web yang melawati blog Briged Bestari SMK Megat Dewa, Kodiang, Kedah Darul Aman.

Blog ini direka untuk memperkenalkan pasukan Briged Bestari sekolah ini kepada masyarakat dengan memaparkan aktiviti, informasi, tips dan lain-lain lagi.

Briged Bestari diwujudkan sejajar dengan perlantikan SMK Megat Dewa yang terpilih mewakili negeri Kedah dalam Projek Sekolah Bestari (Smart School) bagi kategori sekolah luar bandar.

Blog ini akan sentiasa diperkemas dari masa ke masa. Semoga anda semua dapat memberi sokongan dan idea yang bermanfaat kepada pasukan Briged Bestari SMK MEGAT DEWA.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sekolah kami, sila lawati laman web berikut : www.smkmd.myportal.my

Search

Sponsors